Spelling Test Dan Kdb
31 Mei 2024 | Aktiviti TerkiniPada 30 Mei 2024 yang lalu, pihak NADI Batang Maro telah mengadakan kelas spelling test dan tayangan klik dengan bijak. Kelas tersebut telah dihadiri oleh 5 orang murid SK Batang Maro. Objektif utama kelas tersebut diadakan adalah untuk mengasah bakat atau kemahiran para peserta dalam mendengar dan mengeja dengan teliti. Kemahiran mendengar adalah kemahiran lisan yang paling asas. Sebagai contoh keupayaan para peserta mendengar dengan teliti dan memahami perkara yang didengar dalam pelbagai situasi pengucapan seperti cerita, arahan, perbualan, soal jawab, laporan berita dan perbincangan.
Selain itu, spelling test dapat menguji peserta supaya sentiasa memperbetulkan ejaan dan mengetahui setiap ejaan bagi setiap perkataan. Akhir sekali pengisian dengan tayangan klik dengan bijak. Dengan itu, pentingnya kemahiran spelling test dalam kalangan pelajar untuk meningkatkan lagi ilmu pengetahuan mereka terutama dalam Bahasa Inggeris.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: